Jalan-jalan di Kota Melaka

Posted in: Jalan²
18 Nov 2008

Jumaat - Ahad lepas abah ada Bengkel di Hotel Avillion Legacy Melaka.. Sepanjang abah berbengkel tu Naqia, Abang Naqib dan ibu berkampung je la ka bilik hotel.

Ahad lepas check-out +- pukul 12.30 terus pergi ke Bandar Hilir. Lepas shoping belacan & cencaluk di Heritage gallery Dataran Pahlawan Melaka Megamall, kami semua berjalan² sekitar bandar.

Tengok orang main gasing, pergi A Farmosa, Pergi Istana Kesultanan Melaka, tengok Kereta Tunku Abd Rahman dan lain-lain tempat sekitar sampai pukul 4.00 petang.


Naqia hari ni puas berjalan kaki. Dalam Istana Melaka semua peti kaca semua tempat pameran Naqia berhenti jenguk. Berminat sungguh. Bila dah dekat tempat parking nak balik baru la Naqia dah tak larat nak berjalan dan minta ibu/abah dukung.

Salam Aidilfitri 1429

Posted in: Ucapan
24 Sep 2008

Naqia sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung www.naqia.net. Semoga lebaran disambut dengan penuh ceria..

Dah dua minggu Naqia tak duduk dengan abang Naqib

Posted in: Foto, Jalan², Pengasuh, Taska
05 Sep 2008

babies

Dah 2 minggu Naqia tak duduk sekali dengan abang Naqib bila Abah & Ibu pergi kerja.

Sebelum cuti sekolah, naqia tinggal dengan pengasuh Makcik Ida. Tapi lepas cuti sekolah Naqia tak nak tinggal dengan Makcik Ida. naqia nak duduk Taska.  Abang Naqib pulak tak nak duduk Taska, tapi nak duduk dengan makcik Ida.

Sekarang ni Ibu & abah tengah cuba nak biasakan Naqia dengan makcik Ida.

Perkembangan terkini Naqia, sekarang ni Naqia dah ada 6 gigi. 4 atas & 2 bawah. Naqia dah laju berlari. Boleh nyanyi twinkle star (nada je la). Boleh panggil abah, abang, ibu (tapi panggil maakk) dan paling kerap Naqia cakap nak… nak..

Ini gambar Naqia dengan Ibu masa pergi kenduri rumah kawan abah di Presint 9, Putrajaya 9 Ogos lepas. Tengok bahu baju Naqia. Kotor kena darah. Sebab jatuh dalam kereta masa nak ambik Ibu kat sekolah. Naqia panjat² dahi kiri luka kena besi kaki kerusi kereta.

Naqia Dengan Pengasuh Baru

Posted in: Pengasuh, Taska
15 Aug 2008

Hari ni Naqia duduk dengan pengasuh baru. Satu lorong je dengan rumah Naqia. Mula² hantar Naqia nangis le juga. Tapi sebab makcik tu ada anak kecik (Sekolah rendah) Naqia ok la lepas tu.
Lepas cuti sekolah ni Naqia terus dijaga makcik tu la waktu ibu & abah kerja. Tak duduk kat Taska dah. Taska dah ramai sangat. Naqia tak terjaga.

Petang ni Naqia nak balik rumah Embah… Lepas tu Ahad balik rumah Tok Wan pulak.

Naqia dapat sepupu baru

Posted in: Famili
08 Aug 2008

Hari ni 08.08.08 Naqia dapat sepupu baru. Adik Umar dapat adik lelaki hari ni. Sekarang Naqia dah ada 35 sepupu belah abah dan 2 sepupu belah ibu.

Tahniah Pak Dik & Cik Ikim.


Update:telah diberi nama Muhammad Muadz As Sabiq Bin Sidik Al Amini

1st Time Malam² Tanpa Ibu

Posted in: Famili
14 Jun 2008

Malam ni malam ke-3 Naqia tanpa ibunya disisi dan ini adalah kali pertama.

Ibu berkursus BTN dari Khamis lepas hingga Isnin ni. Tempat kursus tak lah jauh mana. Hanya 5 minit saja dari rumah di Kem KIWA Sepang. Tapi tak boleh balik.

Naqia banyak menghabiskan masa-masa ketiadaan ibu untuk mengambil kesempatan suruh abahnya dukung sepanjang masa kecuali masa tidur dan masa Naqia “ngam” dengan abangnya untuk bermain… Peluang.. ;-)

Esok ada sehari suntuk lagi untuk membuli abah…. heheheh…

Genap Setahun Umur Naqia

Posted in: Kelahiran, Ulangtahun
11 May 2008

Hari ni umur Naqia genap setahun..

Sekarang Naqia dah pandai berdiri sendiri dalam 10 saat. Menapak selangkah dua boleh lah..

Hari ni tak dapat pulak ambil gambar Naqia umur setahun.. CF Card camera cari tak jumpa..

Di Putrajaya Wetlands

Selepas Seminggu baru jumpa CF Card.. jumpa dalam Printer.. Ada lagi balance kek…



Gigi Saya…

24 Apr 2008

Inilah dua batang gigi Naqia yang dah tumbuh sekarang ni… Sekarang macam² jenis makanan yang Naqia boleh makan :-)

Menuju ke tahun pertama

Posted in: Foto
14 Apr 2008

Sebulan lagi Naqia akan mencecah umur setahun.

Inilah hobi Naqia sekarang. Panjat tangga & masukkan benda dalam mulut… gigi dah tumbuh dua batang sebelah bawah…

Hobi terkini

Merangkak pun dah laju.. kadang² merangkak tak pakai lutut.. dah nak berdiri dah..

Laju meangkak

Blogs Khas Naqia.NET®

Posted in: Ucapan
02 Apr 2008

Bermula hari ini segala catatan mengenai Nur Ainun Naqia dari Kamilz.com dan seterusnya akan ditulis di blog ini…

Terima kasih

Nur Ainun Naqia